Thursday 27 December 2012

LAPORAN HARI KELUARGA KALI PERTAMA 2012


LAPORAN HARI KELUARGA 
GENERATION OF HAJI AHMAD 2012


Tarikh:11 Disember – 12 Disember 2012 (Selasa - Rabu)

Program Hari Keluarga Kali Pertama yang telah dianjurkan  adalah merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing . Seramai 71 orang yang terdiri daripada anak, cucu dan cicit Hj Ahmad Bin Hj Salleh telah menyertai program ini yang telah dijalankan selama 2 hari 1 malam ( Selasa hingga Rabu) yang lalu.
Dengan bertemakan ‘Santai Sama-Sama’, program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga juga bagi merehatkan minda ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti berbentuk santai.

Objektif program:

1.1  Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.

1.2  Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga.

1.3  Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

1.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.


Tentatif program:

11 Disember 2012 (Selasa)

11.00 pg         -           Ketibaan ahli keluarga di Seraya Pantai Chalet,Pengkalan Balak
                        -           Makan Tengahari

2.00 ptg          -           Check in

3.00 ptg          -           Sukaneka

4.30 ptg          -           Rehat / Solat

5.00 ptg          -           Sukaneka

7.00 mlm        -           Solat Magrib berjemaah
                        -           Tahlil dan doa selamat
                        -           Solat Isyak berjemaah

9.30 mlm        -           Jamuan BBQ
                        -           Sambutan Hari Lahir
                        -           Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
                        -           Pertandingan memancing


12 Disember 2012 (Rabu)

8.00 pg           -           Aktiviti bebas

12.00 tgh       -           Check Out
                        -           Bertolak Balik ke destinasi masing-masing.

ULASAN PROGRAM:
Program dimulai dengan kata-kata aluan oleh saudara pengacara program Juhaili Bin Ahmad sejurus selepas ketibaan semua peserta yang terlibat.Sebelum sebarang aktiviti dimulakan,para peserta dihidangkan dengan makan tengahari terlebih dahulu. Program dimulai dengan acara sukaneka pada petang tersebut.
Sukaneka pada petang tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori dan acara iaitu Kategori 5 Tahun Ke bawah(merebut gula-gula),Kategori 6 Tahun hingga 8 Tahun(isi air dalam botol),Kategori 9 Tahun hingga 12 Tahun(mengikat dan meghuraikan gelang getah),Kategori 13 Tahun hingga 16 Tahun(menyumpit bola ping pong),kategori Wanita Dewasa(lontar belon berisi air),Kategori Lelaki Dewasa(bawa gelang getang menggunakan penyedut minuman),Ketegori Keluarga (makan kuaci) dan Kategori Terbuka(telefon berkarat).Acara  sukaneka berakhir kira-kira jam 6.30 petang.
Program seterusnya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan majlis doa selamat dan tahlil.Seterusnya selesai majlis tahlil dan solat Isyak berjemaah acara BBQ dimulakan,ianya diselangi dengan acara penyampaian hadiah sukaneka yang telah dijalankan pada petang sebelumnya..Keunikan acara cabutan bertuah yang diadakan pada malam tersebut adalah apabila hadiah tidak disediakan oleh pihak penganjur,sebaliknya dibawa sendiri oleh setiap keluarga atau wakil setiap keluarga yang bermurah hati.Pada malam tersebut semua peserta dapat merasai hadiah cabutan bertuah yang diadakan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sambutan hari lahir ibu tercinta iaitu Supina Binti Musa yang ke 73 Tahun yang jatuh pada tarikh keramat 12.12.2012 yang berkongsi tarikh dengan cucu Muhammad Sharizuan Bin Jasmani, juga hari ulangtahun perkahwinan Jasmani dengan Rosnah pada 11.12.2012. Walaupun hujan renyai-renyai,namun majlis pada malam tersebut tetap diteruskan dengan meriah.
Acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah serta BBQ berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Acara yang ditunggu-tunggu oleh “kaki pancing” pun bermula. Bagi kaum wanita dan anak-anak, melelapkan mata dan merehatkan badan adalah acara yang sangat dinanti-nantikan. Pada malam tersebut hanya seorang peserta sahaja yang berjaya menaikan ikan dan sekaligus merupakan pemenang tunggal pertandingan memancing yang diadakan iaitu Mohd.Razi Bin Rais.
Pada keesokan harinya aktiviti bebas bagi semua.Setelah bersarapan anak-anak menyambung kembali kemeriahan mandi dipantai sehingga jam 11.00 pagi. Pada pukul 12.00 tengahari semua peserta bersedia untuk bertolak balik ke destinasi masing- masing.
Jutaan terima kasih kepada yang terlibat sepanjang program ini.Sesungguhnya program ini telah berlangsung dengan jayanya.TAHNIAH kepada semua ahli keluarga.INSYAALLAH lain masa berjumpa lagi dalam program sama pada tahun akan datang.Pastinya akan lebih meriah lagi dengan penyertaan yang lebih ramai.


SENARAI KEHADIRAN

  1. Jasni Bin Ahmad
  2. Hasmah Binti Roslan
  3. Irni Binti Jasni
  4. Irra Binti Jasni
  5. Muhammad Fahmi Bin Norazaman
  6. Juhaili Bin Ahmad
  7. Jumadiah Binti Jumaat
  8. Julaihan Bin Juhaili
  9. Julaikha Binti Juhaili
  10. Juwairiah Binti Juhaili
  11. Norasnita Binti Ahmad
  12. Azlihan Bin Abd Aziz
  13. Nurin Umairah Binti Azlihan
  14. Nurhan Danish Haikal Bin Azlihan
  15. Ahmad Nukman Ukail Bin Azlihan
  16. Jumahad Bin Ahmad
  17. Amira Mubarika Binti Abdullah
  18. Gary Emirul Bin Jumahad
  19. Daniel Hakim Bin Jumahad
  20. Nur Diana Binti Jumahad
  21. Jamil Bin Ahmad
  22. Monsinah Binti Sapari
  23. Siti Sarah Nabihah Binti Jamil
  24. Adi Putra Afiq Bin Jamil
  25. Indra Putra Hariz Bin Jamil
  26. Qurniya Nur Najihah Binti Jamil
  27. Ahmad Bin Haji Salleh
  28. Supina Binti Musa
  29. Jumatsah Bin Ahmad
  30. Raziah Binti Bahrom
  31. M.Azmi Hakim Bin Jumatsah
  32. Nurhafiza Binti Jumatsah
  33. M. Nuriman Bin Jumatsah
  34. M. Nurzarif Bin Jumatsah
  35. Norlia Binti Ahmad
  36. Hussin Bin Ismail
  37. Nurul Afiqah Husna Binti Hussin
  38. Nurul Anisah Husna Binti Hussin
  39. Nur Adham Husaini Bin Hussin
  40. Jasmani Bin Ahmad
  41. Mat Jais Bin Ahmad
  42. Mazhaazlinda Binti Haron
  43. Fatin Nadiah Binti Mat Jais
  44. Nur  Sakinah Aisyah Binti Mat Jais
  45. Aina Balkis Binti Mat Jais
  46. Anis Hanani Syuhada Binti Mat Jais
  47. Roba’atul Hikmah Binti Ismail
  48. Noridah Binti Ahmad
  49. Norazizi Bin Nordin
  50. Norhaziq Bin Norazizi
  51. Siti Nuralia Syakirah Binti Norazizi
  52. Rosnah Binti Paiman
  53. Muhammad Sharizal Bin Jasmani
  54. Muhammad Shanizam Bin Jasmani
  55. Siti Shahirah Binti Jasmani
  56. Muhammad Sharizuan Bin Jasmani
  57. Fatihah Binti Deraman
  58. Muhammad Adam Iskandar
  59. Muhammad Faris Hayqal
  60. Muhammad Hilman Iqbal Bin Muhammad Sharizal
  61. Jasidi Bin Ahmad
  62. Siti Noraishah Binti Naim
  63. Auni Batrisya Binti Jasidi
  64. Arrisa Damia Binti Jasidi
  65. Mohd. Razi Bin Rais
  66. Norazila Binti Nordin
  67. Alisya Balkis Binti Mohd. Razi
  68. Nor Aireen Zahra Binti Mohd. Razi
  69. Siti Norazurah Binti Abd. Latif
  70. Norazme Bin Nordin
  71. Norazizan Bin Nordin


DISEDIAKAN OLEH

NORLIA BINTI AHMAD
SETIAUSAHA
HARI KELUARGA GENERATION OF HAJI AHMAD KALI PERTAMA 2012


*KEPADA SESIAPA YANG MASIH BELUM MENDAPATKAN T-SHIRT GENERATION OF HJ   AHMAD DAN INGIN MENDAPATKANNYA SILA HUBUNGI SETIAUSAHA ATAU JASIDI,HANYA TINGGAL 8 HELAI SAHAJA SAIZ M,L DAN XL DENGAN HARGA RM20.00 SEHELAI.


Saturday 22 December 2012

Saturday 15 December 2012

Memories Photos

 Ita's Camera
pembahagian kumpulan...cuba teka tgn sapa tu? 
*** pen cun tu pun dah missing in action.. heheh

Long yg maintain hensem

nukman ukail


*** bila laaa aku dpt terjun ni.. takpe psg lagu dangdut dulu..kekek

senior.. anak no 1..2...3
***k nor.. raya besok nak order kerepek pisang boleh?

peace...alhamdulillah berjaya juga akhirnya program ni

anakcucutomat on 12-12-12 @ Seraya Pantai Chalet, Pengkalan Balak

New photos upload. Sorry for the delay........

gambar skema

aksi bebas yg ttp skema... suma memalu cam tokmat .. hehe

Thursday 13 December 2012

FAMILY DAY GENERATION OF HJ. AHMAD 12.12.12

RUMUSAN DARIPADA PENGERUSI PROGRAM-JASNI HJ. AHMAD

TAHNIAH AYAHANDA DAN BONDA..
TAHNIAH ADIK-ADIK..
TAHNIAH IPAR DUAI..
TAHNIAH ANAK-ANAK BUAH..
TAHNIAH CUCU-CUCU DAN TAHNIAH SEMUA.........

Tahniah Ahli Jawatankuasa Family Day Generation of Hj. Ahmad 2012
Berkat kesabaran, berkat kerjasama, berkat saling hormat-menghormati dan berkat kesederhanaan..
Segala yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Terima kasih Timbalan Pengerusi, kesetiaanmu kami sanjungi..
Terima kasih Petugas2, kesungguhanmu dalam melaksanakan tugas kami kagumi..
Terima kasih SEMUA, keikhlasanmu kami hargai....
SEMOGA KEHARMONIAN INI AKAN TERUS TERPELIHARA
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari kami sendiri
Pohon kemaafan atas segala kesilapan.





Sunday 9 December 2012

PERINGATAN TAMBAHAN...

PERALATAN TAMBAHAN YANG PERLU DI BAWA;

1. Sajadah sembahyang
2. Telekung / songkok
3. Surah Yassin
4. Pancing jgn lupa..hehehe...

Hadiah2 Cabutan Bertuah

Semua orang ada peluang untuk dapat..
Jom jumpa di sana....................




Thursday 6 December 2012

KERTAS KERJA FAMILY DAY 2012


KERTAS KERJA HARI KELUARGA
TN HAJI AHMAD HAJI SALLEH
KALI PERTAMA / 2012

1.        PENGENALAN

Hari Keluarga yang akan diadakan merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara adik beradik dan keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Adalah menjadi harapan agar sambutan Hari Keluarga ini akan meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.


2.        OBJEKTIF

2.1  Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.

2.2  Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga.

2.3  Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.5 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.


3.        TEMA

Cadangan tema hari keluarga ialah “SANTAI SAMA-SAMA”
Cadangan tema baju ialah warna “MERAH”


4.        PERINCIAN PROGRAM

4.1  Tarikh : 11 – 12 Disember 2012 (Selasa - Rabu)

4.2  Tempat : Seraya Pantai Chalet,Pengkalan Balak,Melaka

4.3  Anggaran Bil Peserta : 80 orang

5.        PESERTA

Semua ahli keluarga.

6.        AHLI JAWATANKUASA

Sila lihat LAMPIRAN 1

7.    TENTATIF PROGRAM

Sila lihat LAMPIRAN 2

8.    JAMUAN BBQ

Sila lihat LAMPIRAN 3

9.   ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

Sila lihat LAMPIRAN 4

10. PENGISIAN PROGRAM

11.1 Solat Berjemaah serta Tahlil dan doa selamat
11.2 Majlis Sambutan Hari Lahir Ibu Tersayang
11.3 Acara sukaneka untuk ahli keluarga dan anak-anak
11.4 Jamuan BBQ
      11.5 Cabutan Bertuah


11. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga pada tahun 2012 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan ahli keluarga , di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangat kekeluargaan serta kasih sayang dikalangan ahli keluarga.


LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA HARI KELUARGA KALI PERTAMA 2012

Penaung :
Tn.Haji Ahmad Bin Haji Salleh

Penasihat :
Hajah Supina Binti Musa

Pengerusi : Jasni Bin Haji Ahmad

Timbalan Pengerusi : Jasmani Bin Haji Ahmad

Setiausaha : Norlia Binti Haji Ahmad

Bendahari : Jumatshah Bin Haji Ahmad

JK Penginapan: Jumahad Bin Haji Ahmad

JK Pendaftaran & Urusetia : Norasnita Binti Haji Ahmad

JK Sukan & Rekreasi : Juhaili Bin Haji Ahmad
                                       Jasidi Bin Haji Ahmad

JK Sumbangan & Hadiah : Jumatshah Bin Haji Ahmad
                                               Norlia Binti Haji Ahmad

JK Logistik, Teknikal & Peralatan : Jasmani Bin Haji Ahmad
                                                            Mat Jais Bin Haji Ahmad

JK Kebajikan & Kecemasan : Jamil Bin Haji Ahmad

JK Pengacara Majlis/Aturcara Majlis : Juhaili Bin Haji Ahmad

JK Jamuan : Noridah Binti Haji Ahmad


LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM

11 Disember 2012 (Selasa)

11.00 pg         -           Ketibaan ahli keluarga di Seraya Pantai Chalet,Pengkalan Balak
                        -           Makan Tengahari

2.00 ptg          -           Check in

3.00 ptg          -           Sukaneka

4.30 ptg          -           Rehat / Solat

5.00 ptg          -           Sukaneka

8.00 mlm        -           Solat Magrib berjemaah
                        -           Tahlil dan doa selamat
                        -           Solat Isyak berjemaah

9.30 mlm        -           Jamuan BBQ
                        -           Sambutan Hari Lahir
                        -           Pertandingan memancing
                        -           Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah


12 Disember 2012 (Rabu)

8.00 pg           -           Senaman 1 Malaysia diketuai oleh Jasidi Bin Haji Ahmad
                        -           Aktiviti bebas


LAMPIRAN 3

JAMUAN BBQ

  1. Ikan Cencaru (Juhaili)
  2. Nasi Himpit (Rosnah)
  3. Sambal Tumis (Rosnah & Hasmah)
  4. Ubi Kentang (Rosnah)
  5. Ayam (10 ekor):
-          Jais (2 ekor)
-          Azlihan (2 ekor)
-          Jasni (2 ekor)
-          Jamil (2 ekor)
-          Jumatshah (2 ekor)
  1. Sos Cili (Hasmah)
  2. Daging Kambing (Azlihan)
  3. Udang / Sotong (Jumahad)
  4. Nasi Lemak (Jumahad)
  5. Air Mineral (Mazhaazlinda)
  6. Tong Air (Juhaili & Jasni)
  7. Air Masak (semua)
  8. Polisterin(Siti Nuraishah@Lin)
  9. Lain-lain:
-          Sosej
-          Arang
-          Buah


LAMPIRAN 4

ANGGARAN KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

KUTIPAN:

            1 KELUARGA RM250 – 11 X RM250 = RM2750.00

ANGGARAN PERBELANJAAN :

1.      Penginapan :
             6 buah bilik X RM150             = RM     900.00
             1 biji rumah X Rm400            = RM     400.00
                                  JUMLAH              = RM  1300.00

2.      Hadiah :
Kategori Sukaneka:
     5 tahun kebawah ( 10 hadiah ) = RM   5.50 X 10 = RM    55.00
     5 – 8 tahun           ( 7 hadiah )    = RM   4.50 X   7 = RM    31.50
     9 – 12 tahun         ( 9 hadiah )    = RM   4.50 X   9 = RM    40.50
     13 – 16 tahun       ( 7 hadiah )    = RM   7.50 X   7 = RM    52.50
     Dewasa                 ( 9 hadiah )     = RM 40.00 X   9 = RM 360.00
                  Memancing                ( 3 hadiah )     = RM 10.00 X   3 = RM    30.00
                                                                              JUMLAH              = RM 569.50

3.      Lain-Lain :
Cenderahati   RM 25.00 X 12  = RM 300.00
Beg                 RM 12.50 X 12  = RM 150.00
                      JUMLAH             = RM 450.00


JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN :   RM 2319.50


                                               PERINGATAN :
  
*SETIAP KELUARGA DIKEHENDAKI MEMBAWA HAMPER UNTUK SESI PERTUKARAN HAMPER.

"JUMPA ANDA DI SANA!!! :), BERHATI-HATI MEMANDU OK!!"