Friday 5 June 2015

FD2015 : KAEDAH DAN PERATURAN SUKANEKA

KAEDAH DAN PERATURAN SUKANEKA
HARI KELUARGA ANAKCUCUTOKMAT 2015

BILANGAN AHLI ANAKCUCUTOKMAT MENGIKUT PECAHAN KATEGORI:
Dewasa                       : 50 orang
Kanak2 Dewasa          : 6 orang
Kanak2 Kecil               : 24 orang
TOTAL                                     : 80 ORANG

KATEGORI KANAK-KANAK:
Terbuka kepada kanak2 (24 orang).

1. Rebut Gula-gula (pembukaan acara)
            - Pelbagai jenis gula2 akan dicampurkan dan ditaburkan di hamparan kanvas.
            - Kanak2 dilepaskan dengan tiupan wisel, dan masa tamat setelah habis gula2 dikutip.
            - Ada 1 jenis gula2 yang mempunyai mata. Mana yang mempunyai banyak bilangan 
  gula2 tersebut dikira pemenang.
2. Tiup Belon
            - Kanak2 dibekalkan seorang 1 belon.
            - Permainan dimulakan dengan tiupan wisel, dan masa diberikan 10 saat dan
  dihentikan dengan tiupan wisel.
            -Pemenang ditentukan dengan saiz yang paling besar.
3. Mewarna (buat time dewasa main game)
            - Kanak2 dibekalkan kertas lukisan yang sudah dilakarkan gambar.
            - Alatan mewarna disediakan.
            - Markah dikira berdasarkan kreativiti dan kecantikan mewarna.


KATEGORI DEWASA:
1 kumpulan mewakili 11 orang ahli dengan undian.
4 permainan ini akan dikira jumlah keseluruhan mata untuk menentukan pemenang.

1. Tolop
     (A)  - Setiap kumpulan dibekalkan bahan untuk membuat tolop (sekurang2nya 3 tolop)
- Berkumpulan membuat tolop (pastikan tolop berfungsi baik)
            - Setiap kumpulan hasilkan tolop masing2..dgn bantuan ahli kumpulan
     (B) - Bola Ping Pong yang akan diletakkan di liang buluh yang dipotong memanjang
  (3meter) untuk dijadikan alur laluan bola ping pong di sediakan untuk sasaran.
- Jarak dari tempat menolop dengan sasaran ialah 10 meter.
            - Ping Pong ditolop berkali2 sehingga bola jatuh ke dalam baldi.
            - Jika bola Ping Pong jatuh dari landasan, bola akan diletakkan ditempat permulaan.
            - Kumpulan yang memasukkan Ping Pong ke dalam baldi dahulu dikira pemenang.
2. Cekutet / Konda Kondi
            - Perlawanan dilakukan 2 pasukan sahaja dan diperuntukkan 15 minit setiap
  perlawanan.
- Kayu panjang 2 meter, kayu pendek 1/2 meter, dan lubang disediakan.
- Contoh: kumpulan 1 sebagai “PENYUNGKIT”, kumpulan 2 sebagai “PENANGKAP”.
- Ahli kumpulan 1 sebagai PENYUNGKIT akan menyungkit kayu pendek sejauh
  mungkin, dan jika kayu pendek dapat ditangkap kumpulan PENANGKAP, maka semua
  kumpulan PENYUNGKIT dikira mati. Maka tukar PENANGKAP sebagai PENYUNGKIT,
  dan PENYUNGKIT sebagai PENANGKAP.
            - Jika kayu pendek jatuh ke tanah, PENANGKAP akan membaling kayu pendek dari
  tempat kayu pendek jatuh menuju sasaran ke dalam lubang sungkitan, dan
  PENYUNGKIT bersedia dengan kayu panjang berdiri di kawasan lubang untuk  
  memukul kayu pendek sejauh mungkin.
            - Kiraan mata ditentukan berapa kali kayu panjang diukur dari lubang ke kayu pendek.
            - Jika kayu pendek jatuh berhampiran lubang dengan jarak kurang dari kayu panjang,
  PENYUNGKIT tersebut mati dan ditukarkan PENYUNGKIT dari kumpulan yang sama.
            - Pemenang ditentukan mengikut kutipan mata keseluruhan perlawanan
3. Baling Selipar Jepun
- Perlawanan dilakukan 2 pasukan sahaja dan diperuntukkan 15 minit setiap
  perlawanan.
- Contoh: kumpulan 1 sebagai “PEMBALING”, kumpulan 2 sebagai “PEMUSNAH”.
- 3 selipar jepun didirikan menegak, dan 1 selipar jepun digunakan sebagai pembaling.
- Dengan jarak 10 meter, seorang PEMBALING diberi 3 kali percubaan. Jika tidak kena
  hendaklah ditukar kepada PEMBALING lain. Jika semua tidak dapat menjatuhkan 
  dirian 3 selipar jepun, permainan akan ditukar PEMBALING menjadi PEMUSNAH, dan
  PEMUSNAH menjadi PEMBALING.
- Ahli PEMBALING lain bersedia untuk mendirikan 3 selipar jepun yang telah
  dijatuhkan.
- PEMUSNAH akan mematikan ahli PEMBALING dengan selipar jepun yang dibaling
  mengenai badan PEMBALING, dan tidak boleh bermain selagi tidak bertukar
  kumpulan.
- Selipar yang digunakan untuk mematikan PEMBALING tidak boleh dibawa lari.
- Mata dikira apabila dapat mendirikan 3 selipar jepun ditempat asal.
4. Win Lose or Draw – P.Ramlee
            - Berkumpulan, seorang wakil kumpulan akan ditugaskan sebagai PELUKIS.
            - Dimulakan dari kumpulan 1, PELUKIS di minta melukis tajuk filem P.Ramlee mengikut
  kehendak pengacara, PELUKIS tidak dibenarkan menulis perkataan/ nombor dan juga
  tidak dibenarkan bercakap.
- Contoh: tajuk filem labu-labi..lukis buah labu dan labi2.
- PELUKIS dari kumpulan 1 akan diteka dari ahli kumpulannya dahulu, dan dalam
  tempoh 10 saat jika jawapan betul akan diberi 20 mata.tetapi jika tidak diteka
  dengan betul, soalan lukisan akan dibuka kepada kumpulan lain, Jika kumpulan lain
  meneka tepat, akan diberikan 10 markah.
- Soalan berikutnya akan dipanggil PELUKIS dari kumpulan 2, peraturan sama seperti
  diatas dan diturutkan seterusnya hingga ke PELUKIS kumpulan 5.
            - Mata keseluruhan akan dikumpulkan untuk setiap kumpulan.


PERMAINAN BERPASUKAN TERBUKA:
1 kumpulan mewakili 6 orang ahli yang dipilih secara terbuka.

Keretapi Dadu
            - Setiap kumpulan akan dibariskan macam keretapi dan diikat dengan tali rafia di
  bahagian pinggang.
- Garisan permulaan disediakan dan jarak 30 meter ke garisan penamat.
- Setiap kumpulan dibekalkan dadu besar untuk menentukan bilangan langkah yang
  ditentukan.
- Jika nombor tertera genap, semua ahli kumpulan akan melangkah ke hadapan, dan
  jika nombor ganjil yang tertera, semua ahli dikehendaki melangkah kebelakang
  dengan jumlah langkah mengikut nombor yang tertera.
- Kumpulan yang jatuh semasa melakukan langkah dikira terkeluar.
            - Kumpulan yang sampai ke garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.


PERMAINAN BERPASANGAN:
1 kumpulan terdiri dari berpasangan samaada suami&isteri / anak&emak@bapa.

Balingan Kasih
- Setiap pasangan akan dibekalkan 1 belon yang berisi air.
            - Balingan dengan tangkapan tanpa jatuh / pecah dimulakan dengan jarak 3 meter.
            - Jarak akan dijauhkan secara berperingkat.
            - Pasangan akan terkeluar dari permainan jika belon jatuh ke tanah.
            - Pasangan yang dapat mengekalkan belon daripada tidak jatuh / pecah dikira
  pemenang.

PERMAINAN TERBUKA:
Permainan ini terbuka kepada yang berumur 50 ke atas.

Menganyam Ketupat
- Setiap peserta disediakan 10 helai daun ketupat
- Permainan akan dimulakan dengan wisel, dan peserta akan membuat 10 ketupat  dengan cepat.
- Peserta yang siap dahulu dikira pemenang


HADIAH ISTIMEWA :
Setiap ahli anakcucutokmat diberikan peluang meneka.

Teka Jumlah Kacang Dalam Balang
-  Setiap nama ahli akan menulis jumlah tekaan kacang dalam balang di borang pendaftaran.
-  Nama yang paling hampir dengan tekaan jumlah kacang, dikira sebagai pemenang. 


MENGENAL PERMAINAN UNIK LAIN:
Acara ini tidak dipertandingkan, tetapi dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba.

1. Pentaque
2. Memanah
3. Tarik Upih



“SELAMAT BERSUKANEKA DI FAMILYDAY ANAKCUCUTOKMAT”