Thursday 27 December 2012

LAPORAN HARI KELUARGA KALI PERTAMA 2012


LAPORAN HARI KELUARGA 
GENERATION OF HAJI AHMAD 2012


Tarikh:11 Disember – 12 Disember 2012 (Selasa - Rabu)

Program Hari Keluarga Kali Pertama yang telah dianjurkan  adalah merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan sasama keluarga masing-masing . Seramai 71 orang yang terdiri daripada anak, cucu dan cicit Hj Ahmad Bin Hj Salleh telah menyertai program ini yang telah dijalankan selama 2 hari 1 malam ( Selasa hingga Rabu) yang lalu.
Dengan bertemakan ‘Santai Sama-Sama’, program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga juga bagi merehatkan minda ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti berbentuk santai.

Objektif program:

1.1  Memberikan ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.

1.2  Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga.

1.3  Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

1.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan adik beradik sekaligus dapat memantapkan lagi institusi kekeluargaan yang sedia ada.


Tentatif program:

11 Disember 2012 (Selasa)

11.00 pg         -           Ketibaan ahli keluarga di Seraya Pantai Chalet,Pengkalan Balak
                        -           Makan Tengahari

2.00 ptg          -           Check in

3.00 ptg          -           Sukaneka

4.30 ptg          -           Rehat / Solat

5.00 ptg          -           Sukaneka

7.00 mlm        -           Solat Magrib berjemaah
                        -           Tahlil dan doa selamat
                        -           Solat Isyak berjemaah

9.30 mlm        -           Jamuan BBQ
                        -           Sambutan Hari Lahir
                        -           Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
                        -           Pertandingan memancing


12 Disember 2012 (Rabu)

8.00 pg           -           Aktiviti bebas

12.00 tgh       -           Check Out
                        -           Bertolak Balik ke destinasi masing-masing.

ULASAN PROGRAM:
Program dimulai dengan kata-kata aluan oleh saudara pengacara program Juhaili Bin Ahmad sejurus selepas ketibaan semua peserta yang terlibat.Sebelum sebarang aktiviti dimulakan,para peserta dihidangkan dengan makan tengahari terlebih dahulu. Program dimulai dengan acara sukaneka pada petang tersebut.
Sukaneka pada petang tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori dan acara iaitu Kategori 5 Tahun Ke bawah(merebut gula-gula),Kategori 6 Tahun hingga 8 Tahun(isi air dalam botol),Kategori 9 Tahun hingga 12 Tahun(mengikat dan meghuraikan gelang getah),Kategori 13 Tahun hingga 16 Tahun(menyumpit bola ping pong),kategori Wanita Dewasa(lontar belon berisi air),Kategori Lelaki Dewasa(bawa gelang getang menggunakan penyedut minuman),Ketegori Keluarga (makan kuaci) dan Kategori Terbuka(telefon berkarat).Acara  sukaneka berakhir kira-kira jam 6.30 petang.
Program seterusnya diteruskan dengan solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan majlis doa selamat dan tahlil.Seterusnya selesai majlis tahlil dan solat Isyak berjemaah acara BBQ dimulakan,ianya diselangi dengan acara penyampaian hadiah sukaneka yang telah dijalankan pada petang sebelumnya..Keunikan acara cabutan bertuah yang diadakan pada malam tersebut adalah apabila hadiah tidak disediakan oleh pihak penganjur,sebaliknya dibawa sendiri oleh setiap keluarga atau wakil setiap keluarga yang bermurah hati.Pada malam tersebut semua peserta dapat merasai hadiah cabutan bertuah yang diadakan.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan sambutan hari lahir ibu tercinta iaitu Supina Binti Musa yang ke 73 Tahun yang jatuh pada tarikh keramat 12.12.2012 yang berkongsi tarikh dengan cucu Muhammad Sharizuan Bin Jasmani, juga hari ulangtahun perkahwinan Jasmani dengan Rosnah pada 11.12.2012. Walaupun hujan renyai-renyai,namun majlis pada malam tersebut tetap diteruskan dengan meriah.
Acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah serta BBQ berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Acara yang ditunggu-tunggu oleh “kaki pancing” pun bermula. Bagi kaum wanita dan anak-anak, melelapkan mata dan merehatkan badan adalah acara yang sangat dinanti-nantikan. Pada malam tersebut hanya seorang peserta sahaja yang berjaya menaikan ikan dan sekaligus merupakan pemenang tunggal pertandingan memancing yang diadakan iaitu Mohd.Razi Bin Rais.
Pada keesokan harinya aktiviti bebas bagi semua.Setelah bersarapan anak-anak menyambung kembali kemeriahan mandi dipantai sehingga jam 11.00 pagi. Pada pukul 12.00 tengahari semua peserta bersedia untuk bertolak balik ke destinasi masing- masing.
Jutaan terima kasih kepada yang terlibat sepanjang program ini.Sesungguhnya program ini telah berlangsung dengan jayanya.TAHNIAH kepada semua ahli keluarga.INSYAALLAH lain masa berjumpa lagi dalam program sama pada tahun akan datang.Pastinya akan lebih meriah lagi dengan penyertaan yang lebih ramai.


SENARAI KEHADIRAN

  1. Jasni Bin Ahmad
  2. Hasmah Binti Roslan
  3. Irni Binti Jasni
  4. Irra Binti Jasni
  5. Muhammad Fahmi Bin Norazaman
  6. Juhaili Bin Ahmad
  7. Jumadiah Binti Jumaat
  8. Julaihan Bin Juhaili
  9. Julaikha Binti Juhaili
  10. Juwairiah Binti Juhaili
  11. Norasnita Binti Ahmad
  12. Azlihan Bin Abd Aziz
  13. Nurin Umairah Binti Azlihan
  14. Nurhan Danish Haikal Bin Azlihan
  15. Ahmad Nukman Ukail Bin Azlihan
  16. Jumahad Bin Ahmad
  17. Amira Mubarika Binti Abdullah
  18. Gary Emirul Bin Jumahad
  19. Daniel Hakim Bin Jumahad
  20. Nur Diana Binti Jumahad
  21. Jamil Bin Ahmad
  22. Monsinah Binti Sapari
  23. Siti Sarah Nabihah Binti Jamil
  24. Adi Putra Afiq Bin Jamil
  25. Indra Putra Hariz Bin Jamil
  26. Qurniya Nur Najihah Binti Jamil
  27. Ahmad Bin Haji Salleh
  28. Supina Binti Musa
  29. Jumatsah Bin Ahmad
  30. Raziah Binti Bahrom
  31. M.Azmi Hakim Bin Jumatsah
  32. Nurhafiza Binti Jumatsah
  33. M. Nuriman Bin Jumatsah
  34. M. Nurzarif Bin Jumatsah
  35. Norlia Binti Ahmad
  36. Hussin Bin Ismail
  37. Nurul Afiqah Husna Binti Hussin
  38. Nurul Anisah Husna Binti Hussin
  39. Nur Adham Husaini Bin Hussin
  40. Jasmani Bin Ahmad
  41. Mat Jais Bin Ahmad
  42. Mazhaazlinda Binti Haron
  43. Fatin Nadiah Binti Mat Jais
  44. Nur  Sakinah Aisyah Binti Mat Jais
  45. Aina Balkis Binti Mat Jais
  46. Anis Hanani Syuhada Binti Mat Jais
  47. Roba’atul Hikmah Binti Ismail
  48. Noridah Binti Ahmad
  49. Norazizi Bin Nordin
  50. Norhaziq Bin Norazizi
  51. Siti Nuralia Syakirah Binti Norazizi
  52. Rosnah Binti Paiman
  53. Muhammad Sharizal Bin Jasmani
  54. Muhammad Shanizam Bin Jasmani
  55. Siti Shahirah Binti Jasmani
  56. Muhammad Sharizuan Bin Jasmani
  57. Fatihah Binti Deraman
  58. Muhammad Adam Iskandar
  59. Muhammad Faris Hayqal
  60. Muhammad Hilman Iqbal Bin Muhammad Sharizal
  61. Jasidi Bin Ahmad
  62. Siti Noraishah Binti Naim
  63. Auni Batrisya Binti Jasidi
  64. Arrisa Damia Binti Jasidi
  65. Mohd. Razi Bin Rais
  66. Norazila Binti Nordin
  67. Alisya Balkis Binti Mohd. Razi
  68. Nor Aireen Zahra Binti Mohd. Razi
  69. Siti Norazurah Binti Abd. Latif
  70. Norazme Bin Nordin
  71. Norazizan Bin Nordin


DISEDIAKAN OLEH

NORLIA BINTI AHMAD
SETIAUSAHA
HARI KELUARGA GENERATION OF HAJI AHMAD KALI PERTAMA 2012


*KEPADA SESIAPA YANG MASIH BELUM MENDAPATKAN T-SHIRT GENERATION OF HJ   AHMAD DAN INGIN MENDAPATKANNYA SILA HUBUNGI SETIAUSAHA ATAU JASIDI,HANYA TINGGAL 8 HELAI SAHAJA SAIZ M,L DAN XL DENGAN HARGA RM20.00 SEHELAI.


No comments:

Post a Comment