KAEDAH DAN PERATURAN SUKANEKA
HARI KELUARGA ANAKCUCUTOKMAT 2015
BILANGAN AHLI ANAKCUCUTOKMAT MENGIKUT
PECAHAN KATEGORI:
Dewasa :
50 orang
Kanak2 Dewasa :
6 orang
Kanak2 Kecil :
24 orang
TOTAL :
80 ORANG
KATEGORI
KANAK-KANAK:
Terbuka
kepada kanak2 (24 orang).
1. Rebut Gula-gula (pembukaan acara)
-
Pelbagai jenis gula2 akan dicampurkan dan
ditaburkan di hamparan kanvas.
- Kanak2 dilepaskan dengan tiupan
wisel, dan masa tamat setelah habis gula2 dikutip.
- Ada 1 jenis gula2 yang mempunyai
mata. Mana yang mempunyai banyak bilangan
gula2 tersebut
dikira pemenang.
2.
Tiup Belon
- Kanak2 dibekalkan seorang 1 belon.
- Permainan dimulakan dengan tiupan
wisel, dan masa diberikan 10 saat dan
dihentikan
dengan tiupan wisel.
-Pemenang ditentukan dengan saiz
yang paling besar.
3.
Mewarna (buat time dewasa main game)
- Kanak2 dibekalkan kertas lukisan yang
sudah dilakarkan gambar.
- Alatan mewarna disediakan.
- Markah dikira berdasarkan
kreativiti dan kecantikan mewarna.
KATEGORI DEWASA:
1 kumpulan mewakili 11 orang ahli dengan
undian.
4 permainan ini akan dikira jumlah
keseluruhan mata untuk menentukan pemenang.
1.
Tolop
(A) - Setiap kumpulan dibekalkan bahan untuk membuat tolop
(sekurang2nya 3 tolop)
- Berkumpulan membuat tolop (pastikan tolop berfungsi
baik)
- Setiap kumpulan hasilkan tolop
masing2..dgn bantuan ahli kumpulan
(B) -
Bola Ping Pong yang akan diletakkan di liang buluh yang dipotong memanjang
(3meter) untuk
dijadikan alur laluan bola ping pong di sediakan untuk sasaran.
- Jarak dari tempat menolop dengan sasaran ialah 10
meter.
- Ping Pong ditolop berkali2
sehingga bola jatuh ke dalam baldi.
- Jika bola Ping Pong jatuh dari
landasan, bola akan diletakkan ditempat permulaan.
- Kumpulan yang memasukkan Ping Pong
ke dalam baldi dahulu dikira pemenang.
2.
Cekutet / Konda Kondi
- Perlawanan dilakukan 2 pasukan
sahaja dan diperuntukkan 15 minit setiap
perlawanan.
- Kayu panjang 2 meter, kayu pendek 1/2 meter, dan
lubang disediakan.
- Contoh: kumpulan 1 sebagai “PENYUNGKIT”, kumpulan 2
sebagai “PENANGKAP”.
- Ahli kumpulan 1 sebagai PENYUNGKIT akan menyungkit
kayu pendek sejauh
mungkin, dan
jika kayu pendek dapat ditangkap kumpulan PENANGKAP, maka semua
kumpulan PENYUNGKIT
dikira mati. Maka tukar PENANGKAP sebagai PENYUNGKIT,
dan PENYUNGKIT
sebagai PENANGKAP.
- Jika kayu pendek jatuh ke tanah, PENANGKAP
akan membaling kayu pendek dari
tempat kayu
pendek jatuh menuju sasaran ke dalam lubang sungkitan, dan
PENYUNGKIT bersedia dengan kayu panjang
berdiri di kawasan lubang untuk
memukul kayu pendek sejauh mungkin.
- Kiraan mata ditentukan berapa kali
kayu panjang diukur dari lubang ke kayu pendek.
- Jika kayu pendek jatuh berhampiran
lubang dengan jarak kurang dari kayu panjang,
PENYUNGKIT
tersebut mati dan ditukarkan PENYUNGKIT dari kumpulan yang sama.
- Pemenang ditentukan mengikut
kutipan mata keseluruhan perlawanan
3.
Baling Selipar Jepun
- Perlawanan dilakukan 2 pasukan sahaja dan diperuntukkan
15 minit setiap
perlawanan.
- Contoh: kumpulan 1 sebagai “PEMBALING”, kumpulan 2
sebagai “PEMUSNAH”.
- 3 selipar jepun didirikan menegak, dan 1 selipar
jepun digunakan sebagai pembaling.
- Dengan jarak 10 meter, seorang PEMBALING diberi 3
kali percubaan. Jika tidak kena
hendaklah ditukar kepada PEMBALING lain. Jika
semua tidak dapat menjatuhkan
dirian 3 selipar jepun, permainan akan
ditukar PEMBALING menjadi PEMUSNAH, dan
PEMUSNAH menjadi PEMBALING.
- Ahli
PEMBALING lain bersedia untuk mendirikan 3 selipar jepun yang telah
dijatuhkan.
- PEMUSNAH akan mematikan ahli PEMBALING dengan
selipar jepun yang dibaling
mengenai badan
PEMBALING, dan tidak boleh bermain selagi tidak bertukar
kumpulan.
- Selipar yang digunakan untuk mematikan PEMBALING
tidak boleh dibawa lari.
- Mata dikira apabila dapat
mendirikan 3 selipar jepun ditempat asal.
4.
Win Lose or Draw – P.Ramlee
- Berkumpulan, seorang wakil kumpulan akan
ditugaskan sebagai PELUKIS.
- Dimulakan dari kumpulan 1, PELUKIS
di minta melukis tajuk filem P.Ramlee mengikut
kehendak
pengacara, PELUKIS tidak dibenarkan menulis perkataan/ nombor dan juga
tidak
dibenarkan bercakap.
- Contoh: tajuk filem labu-labi..lukis buah labu dan
labi2.
- PELUKIS dari kumpulan 1 akan diteka dari ahli
kumpulannya dahulu, dan dalam
tempoh 10 saat
jika jawapan betul akan diberi 20 mata.tetapi jika tidak diteka
dengan betul,
soalan lukisan akan dibuka kepada kumpulan lain, Jika kumpulan lain
meneka tepat,
akan diberikan 10 markah.
- Soalan berikutnya akan dipanggil PELUKIS dari
kumpulan 2, peraturan sama seperti
diatas dan
diturutkan seterusnya hingga ke PELUKIS kumpulan 5.
- Mata keseluruhan akan dikumpulkan
untuk setiap kumpulan.
PERMAINAN BERPASUKAN TERBUKA:
1 kumpulan mewakili 6 orang ahli yang
dipilih secara terbuka.
Keretapi
Dadu
-
Setiap kumpulan akan dibariskan macam
keretapi dan diikat dengan tali rafia di
bahagian
pinggang.
- Garisan permulaan disediakan dan jarak 30 meter ke
garisan penamat.
- Setiap kumpulan dibekalkan dadu besar untuk
menentukan bilangan langkah yang
ditentukan.
- Jika nombor tertera genap, semua ahli kumpulan akan
melangkah ke hadapan, dan
jika nombor
ganjil yang tertera, semua ahli dikehendaki melangkah kebelakang
dengan jumlah
langkah mengikut nombor yang tertera.
- Kumpulan yang jatuh semasa melakukan langkah dikira
terkeluar.
- Kumpulan yang sampai ke garisan penamat
akan dikira sebagai pemenang.
PERMAINAN
BERPASANGAN:
1 kumpulan
terdiri dari berpasangan samaada suami&isteri / anak&emak@bapa.
Balingan
Kasih
- Setiap pasangan akan dibekalkan 1 belon yang berisi
air.
-
Balingan dengan tangkapan tanpa jatuh /
pecah dimulakan dengan jarak 3 meter.
- Jarak akan dijauhkan secara
berperingkat.
-
Pasangan akan terkeluar dari permainan
jika belon jatuh ke tanah.
- Pasangan yang dapat mengekalkan belon daripada
tidak jatuh / pecah dikira
pemenang.
PERMAINAN TERBUKA:
Permainan ini terbuka kepada yang
berumur 50 ke atas.
Menganyam
Ketupat
- Setiap peserta disediakan 10 helai daun
ketupat
- Permainan akan dimulakan dengan wisel,
dan peserta akan membuat 10 ketupat dengan
cepat.
- Peserta yang siap dahulu dikira
pemenang
HADIAH ISTIMEWA :
Setiap ahli anakcucutokmat diberikan
peluang meneka.
Teka
Jumlah Kacang Dalam Balang
- Setiap nama ahli akan menulis jumlah tekaan kacang dalam balang di
borang pendaftaran.
- Nama yang paling hampir dengan tekaan jumlah kacang, dikira sebagai
pemenang.
MENGENAL PERMAINAN UNIK LAIN:
Acara ini tidak dipertandingkan, tetapi
dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba.
1.
Pentaque
2.
Memanah
3.
Tarik Upih
“SELAMAT BERSUKANEKA DI FAMILYDAY ANAKCUCUTOKMAT”
No comments:
Post a Comment